Rahsia utama & peluang keemasan bagi syaitan untuk terus melebarkan jaringan ataupun networknya untuk memerangkap manusia ,ialah apabila seseorang anak adam itu terus menerus berada dalam satu situasi sebagai apa yg dikatakan kelemasan dalam percintaannya pada keinginan nafsu disamping berlubuk dalam coverage kejahilan ini kerana jiwa atau hati yg kosong dari ibadat,ilmu akan memudahkan kerja2 rutin syaitan itu selama mana mereka lalai selagi itulah kita kehilangan perisai keikhlasan,keimanan ,sedangkan perisai itu tadi dijanakan dari consisten(istiqamah) kita pada amalan yg wajib & sunat.
Ibnu Al jauziy rh sendiri ada memetik sebuah kenyataan dari Al Amasy "seoarang lelaki menceritakan kepada kami akan pengalamanya bercakap dgn mahkluk jin,& mahkluk itu sebagai berkata "tidak ada yg lebih sukar untuk kami kuasai seseorang melainkan ia benar2 mengamalkan sunnah, disini jelas menunjukkan selagi link kita pada Allah swt cantik, maka sama sekali syaitan tiada kekuatan menorobos kedalam hati manusia apatah lagi ibadat yg didasari dgn keikhlasan,..apakah makna ikhlas,?...ikhlas ialah melakukan sesuatu perkara/amalan dgn kefahaman yg baik & mendalam pada perkara/amalan tersebut....& disinilah terbitnya ikhlas,,Allah swt ada merakamkan tentang kekuatan ikhlas dalam surah Al hijr 39-40.."Iblis berkata; wahai Tuhanku ,oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat dimuka bumi& pasti aku akan menyesatkan mereka semua,kecuali hamba2Mu yg mukhlis(ikhlas)di antara mereka"..
Peluang keemasan bagi syaitan ini juga bolehlah kita ibaratkan sebagai seekor anjing yg kelaparan mengejar seseorang yg berjalan sambil menjinjing sebungkus daging,.dalam apa cara sekalipun anjing tersebut akan berusaha mendapatkan daging tersebut sekalipun diherdik ,dibaling batu,namun dia akan tetap datang untuk memiliki & seterusnya membaham daging terebut.Berbanding sekiranya seseorg tersebut tidak membawa daging bersamanya maka tiadalah hasrat anjing tadi untuk membaham daging tersebut...jelaslah kekuatan keikhlasan merupakan senjata yg kukuh, terutama untuk kita menangkis deruan bisikan syaitan..Untuk memperoleh keikhlasan maka disinilah letaknya firman Allah swt pada surah Al Alaq.."bacalah dengan nama TuhanMu yg menciptakan"..maknaya keperluan untuk kita menuntut ilmu merupakan langkah permulaan yang baik & akan menjadi perisai diri kita
Ibnu Al qayyum rh ada mengklasifikasikan beberapa martabat penyesatan syaitan terhadap manusia (asalnya ada 6.tapi sya microcipkan jadi 3)
1-menjadikan anak adam itu kufur & syirik sama sekali & inilah antara perkara yg banyak terjadi namun tak berapa tersedar oleh sebilangan kita ,contohnya memakai pedinding & tangkal sebagai penjaga diri sekeluarga,sedang amalan tersebut ditentang oleh nabi saw & diklasifikan sebagai syirik,ini belum lagi keyakinan pada objek2 seperti pengunaan gelang tertentu yg dikatakan boleh membawa kesan seperti kesihatan & sebagainya,sedang sehingga ini tiada sebarang medical prove yg mengiktiraf keberkesanan tersebut.
2-Melakukan amalan bidaah sebagai amalan rutin .Yang mana amalan tersebut langsung tidak mendatangkan kebaikan pada agama & diri. Amalan bidaah ini jelas condong kearah bisikan syaitan & hampir kepada syirik seperti mandi safar,menyajikan ancak& sebagainya..Untuk terhindar dari tempurung bidaah ini hendaklah kita tergolong dalam golongan pecinta ilmu,kerana hanya dgn kefahaman yg jelas maka kita dapat membezakan bidaah ataupun sunnah,termasuk juga melakukan amalan yg sia2 hingga meninggalkan amalan yg lebih wajib untuk dilakukan seperti meninggalkan solat hanya kerana menghadiri sambutan ambang kemerdekaan & tahun baru ,jelas membelakangkan syariat kerana banyak perkara lagha yg terhasil dari perkara sedemikian.
3-Melazimkan perbuatan2 yg menjerumus kepada dosa2 besar & dosa2 kecil.Apabila seseorang anak adam itu sudah terbiasa dgn dosa2 yg dilakukan maka makin besarlah akan keterbukaan pintu utk terus menerus syaitan melakukan konspirasinya.Martabat penyesatan ini bukan saja berlaku pada individu yg kosong jiwanya,malah terjadi kepada individu yg kuat keberpeganganya pada syariat..Disini syaitan akan membisikkan akan hasutan secara halus untuk mengkaburkan pandangan ,seperti apa yg disabdakan oleh baginda saw " Berwaspadalah kalian dari memandang remeh dosa2 kecil,kerana sesungguhnya Allah swt turut memberi perhatian terhadapnya (hadis sahih)..dalam hadis ini rasul saw menuntut kita agar berhati2 dgn dosa2 kecil ,kerana dgn sikap yg sering memandang remeh pd dosa2 kecil kelak akan terzahirlah hati kehitaman yg dicemari dgn perapan dosa 2 kecil yg terhimpun..banyak dari golongan ibadah hinggalah org kebisaan yg tersarung dgn martabat penyesatan ini ,tambahan pula dgn janji syaitan pd Allah swt "Pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat dimuka bumi & aku akan pasti menyesatkan mereka semuanya"(Al Hijr:39),hakikatnya tiada siapa yg terlepas dgn perangkap syaitan..kecuali yang MUKHLISIN
Bagaimana memilki hati yg mukhlisin..?..
Selain daripada kebergantungan pada amalan yg ditetapkan syariat yg meliputi amalan wajib & sunat..ada baiknya kia mengenali asas hakikat hati itu sendiri.,bertepatan dgn kalimah..tak kenal maka tak cinta.
Hati seperti biasa yg kita kenali terbahagi dua iaitu hati fizikal yg berfungsi untuk menyalurkan protien makanan & minuman yg telah diproses melalui usus untuk dihantarkan kepada organ2 dalam tubuh badan kita ,selain berfungsi untuk menyaring toksid yg sedia ada pada sumber makanan kita,manakala hati yg disebut hati spiritual inilah yg menzahirkan akhlak kita sejujurnya.
Kita sifatkan hati kita sebagai mempunyai dua wajah,satu wajah ke kiri & satu wajah lagi ke kanan.Manusia yg hanya menggunakan akal yg sebelah kiri akan dapat memajukan & meningkatkan perubahan dalam hidupnya,kerana akal kita sememangnya bersifat pintar dalam berfikir untuk keperubahan diri..terpulang pada pemilik jasad untuk menggunakanya semaksima mungkin ..kita lihat perubahan teknologi berbanding 10,20 tahun lepas ..amat pantas melalui revolusinya.itulah kekuatan akal & hati manusia yg dikurniakan Allah swt.
Manakala hati yg disebelah kanan dikenali sebagai hati nurani,nur aqal, yg hanya dimiliki oleh mereka yg cerah cemerlang akan ketaqwaanya terhadapAllah swt disamping membenamkan cinta yg mendalam terhadap baginda Rasulullah saw..untuk memperolehi makam taqwa ini perlu didasari dgn ilmu ,kerana setiap amalan tanpa ilmu bagai pohon yg tak berbuah & juga beristiqamah dgn amalan yg menjadi jambatan menghampiri Allah swt.orang yg memiliki hati ini juga dipanggil "doktor hati" lantaran jalan2 ketaqwaan yg dilaluinya boleh memberikan & dijadikan penawar bagi mereka yg mengalami gelap hati,sakit hati,busuk hati & bermacam penyakit rohani hati lagi.Seharusnya kita berikhtiar untuk menuju kemakam hati ini ,kerana jika hanya kita memaksimakan penggunaan hati disebelah kiri,amat menyedihkan kerana tiada beza antara kita dgn mahkluk haiwan yg hanya meneruskan kehidupan dgn sekadar mencari makan,berkahwin,bergembira & sebagainya .Ingatlah firman Allah swt "sesunguhnya kami ciptakan manusia itu dgn sebaik2 kejadian".Jadi kesinambungan mengenali jerangkap syaitan & mengenal asas hakikat hati adalah ramuan yang mujarab untuk kita memulakan langkah kearah TAQWA..persoalanya...kita biasa terdengar ,mendengar atau kita sendiri yg membicarakan "ikut hati aku"",ini gerak hati aku","bisikan hati aku begini",..adakah hati kita itu bergerak pada yang sebelah kiri atau yg disebelah kanan,apakah kita ada filter yg membezakannya,atau hati kita selama ini telah pun ditawan oleh syaitan & kuncu2 nya....Insyallah pada sagment yg akan datang saya akan menghuraikan permasalahan ini untuk perkongsian bersama...yg baik datang dari Allah & yg kurang itu adalah suatu ujian untuk diri sya yg lemah disisi Allah swt...Wallahualam....
PUSAT RAWATAN ISLAM PESONA ZIKRULLAH MENGIKHTIARKAN RAWATAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN PENYAKIT MISTERI FIZIKAL DAN SPIRITUAL MENGGUNAKAN TERAPI RUQYAH SYARIYYAH, AYAT2 SUCI AL-QURAN DAN DOA2 NABI SAW DARI HADIS YANG MATHUR, RAWATAN BEKAM SUNNAH, REFLEXOLOGY, URUT TRADISIONAL SERTA PENGAMALAN HERBA DAN MAKANAN SUNNAH.
Firman Allah SWT :
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman." (Surah Yunus:57)
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Surah Al-Isra':82)
"Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku." (Surah Asy-Syu'ara:80)
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman." (Surah Yunus:57)
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Surah Al-Isra':82)
"Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku." (Surah Asy-Syu'ara:80)