Firman Allah SWT :
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman." (Surah Yunus:57)
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Surah Al-Isra':82)
"Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku." (Surah Asy-Syu'ara:80)

Saturday, 10 September 2011

TAZKIRAH :mengenal jerangkap syaitan & mengenal hakikat hati

Rahsia utama &  peluang keemasan bagi syaitan untuk terus melebarkan jaringan ataupun networknya untuk memerangkap manusia ,ialah apabila seseorang anak adam itu terus menerus berada dalam satu situasi sebagai apa yg dikatakan kelemasan dalam percintaannya pada keinginan nafsu disamping berlubuk dalam coverage kejahilan ini kerana jiwa atau hati yg kosong dari ibadat,ilmu akan memudahkan kerja2 rutin syaitan itu selama mana mereka lalai selagi itulah kita kehilangan perisai keikhlasan,keimanan ,sedangkan perisai itu tadi dijanakan dari consisten(istiqamah) kita pada amalan yg wajib & sunat.
Ibnu Al jauziy rh sendiri ada memetik sebuah kenyataan dari Al Amasy "seoarang lelaki menceritakan kepada kami akan pengalamanya bercakap dgn mahkluk jin,& mahkluk itu sebagai berkata "tidak ada yg lebih sukar untuk kami kuasai seseorang melainkan ia benar2 mengamalkan sunnah, disini jelas menunjukkan selagi link kita pada Allah swt cantik, maka sama sekali syaitan tiada kekuatan menorobos kedalam hati manusia apatah lagi ibadat yg didasari dgn keikhlasan,..apakah makna ikhlas,?...ikhlas ialah melakukan sesuatu perkara/amalan dgn kefahaman yg baik & mendalam pada perkara/amalan tersebut....& disinilah terbitnya ikhlas,,Allah swt ada merakamkan tentang kekuatan ikhlas dalam surah Al hijr 39-40.."Iblis berkata; wahai Tuhanku ,oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat dimuka bumi& pasti aku akan menyesatkan mereka semua,kecuali hamba2Mu yg mukhlis(ikhlas)di antara mereka"..
Peluang keemasan bagi syaitan ini juga bolehlah kita ibaratkan sebagai seekor anjing yg kelaparan mengejar seseorang yg berjalan sambil menjinjing sebungkus daging,.dalam apa cara sekalipun anjing tersebut akan berusaha mendapatkan daging tersebut sekalipun diherdik ,dibaling batu,namun dia akan tetap datang untuk memiliki & seterusnya membaham daging terebut.Berbanding sekiranya seseorg tersebut tidak membawa  daging bersamanya maka tiadalah hasrat anjing tadi untuk membaham daging tersebut...jelaslah kekuatan keikhlasan merupakan senjata yg  kukuh, terutama untuk kita menangkis deruan bisikan syaitan..Untuk memperoleh keikhlasan maka disinilah letaknya firman Allah swt pada surah Al Alaq.."bacalah dengan nama TuhanMu yg menciptakan"..maknaya keperluan untuk kita menuntut ilmu merupakan langkah permulaan yang baik & akan menjadi perisai diri kita
Ibnu Al qayyum rh ada mengklasifikasikan beberapa martabat penyesatan syaitan terhadap manusia (asalnya ada 6.tapi sya microcipkan jadi 3)

1-menjadikan anak adam itu kufur & syirik sama sekali & inilah antara perkara yg banyak terjadi namun tak berapa tersedar oleh sebilangan kita ,contohnya memakai pedinding & tangkal sebagai penjaga diri sekeluarga,sedang amalan tersebut ditentang oleh nabi saw & diklasifikan sebagai syirik,ini belum lagi keyakinan pada objek2 seperti pengunaan gelang tertentu yg dikatakan boleh membawa kesan seperti kesihatan & sebagainya,sedang sehingga ini tiada sebarang medical prove yg mengiktiraf keberkesanan tersebut.

2-Melakukan amalan bidaah sebagai amalan rutin .Yang mana amalan tersebut langsung tidak mendatangkan kebaikan pada agama & diri. Amalan bidaah ini jelas condong kearah bisikan syaitan & hampir kepada syirik seperti mandi safar,menyajikan ancak& sebagainya..Untuk terhindar dari tempurung bidaah ini hendaklah kita tergolong dalam golongan pecinta ilmu,kerana hanya dgn kefahaman yg jelas maka kita dapat membezakan bidaah ataupun sunnah,termasuk juga melakukan amalan yg sia2 hingga meninggalkan amalan yg lebih wajib untuk dilakukan seperti meninggalkan solat hanya kerana menghadiri sambutan ambang kemerdekaan & tahun baru ,jelas membelakangkan syariat kerana banyak perkara lagha yg terhasil dari perkara sedemikian.

3-Melazimkan perbuatan2 yg menjerumus kepada dosa2 besar & dosa2 kecil.Apabila seseorang anak adam itu sudah terbiasa dgn dosa2 yg dilakukan maka makin besarlah akan keterbukaan pintu utk terus menerus syaitan melakukan konspirasinya.Martabat penyesatan ini bukan saja berlaku pada individu yg kosong jiwanya,malah terjadi kepada individu yg kuat keberpeganganya pada syariat..Disini syaitan akan membisikkan akan hasutan secara halus untuk mengkaburkan pandangan ,seperti apa yg disabdakan oleh baginda saw " Berwaspadalah kalian dari memandang remeh dosa2 kecil,kerana sesungguhnya Allah swt turut memberi perhatian terhadapnya (hadis sahih)..dalam hadis ini rasul saw menuntut kita agar berhati2 dgn dosa2 kecil ,kerana dgn sikap yg sering memandang remeh pd dosa2 kecil kelak akan terzahirlah hati kehitaman yg dicemari dgn perapan dosa 2 kecil yg terhimpun..banyak dari golongan ibadah hinggalah org kebisaan yg tersarung dgn martabat penyesatan ini ,tambahan pula dgn janji syaitan pd Allah swt "Pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat dimuka bumi & aku akan pasti menyesatkan mereka semuanya"(Al Hijr:39),hakikatnya tiada siapa yg terlepas dgn perangkap syaitan..kecuali yang MUKHLISIN
Bagaimana memilki hati yg mukhlisin..?..
Selain daripada kebergantungan pada amalan yg ditetapkan syariat yg meliputi amalan wajib & sunat..ada baiknya kia mengenali asas hakikat hati itu sendiri.,bertepatan dgn kalimah..tak kenal maka tak cinta.
Hati seperti biasa yg kita kenali terbahagi dua iaitu hati fizikal yg berfungsi untuk menyalurkan protien makanan & minuman yg telah diproses melalui usus untuk dihantarkan kepada organ2 dalam tubuh badan kita ,selain berfungsi untuk menyaring toksid yg sedia ada pada sumber makanan kita,manakala hati yg disebut hati spiritual inilah yg menzahirkan akhlak kita sejujurnya.
Kita sifatkan hati kita sebagai mempunyai dua wajah,satu wajah ke kiri & satu wajah lagi ke kanan.Manusia yg hanya menggunakan akal yg sebelah kiri akan dapat memajukan & meningkatkan perubahan dalam hidupnya,kerana akal kita sememangnya bersifat pintar dalam berfikir untuk keperubahan diri..terpulang pada pemilik jasad untuk menggunakanya semaksima mungkin ..kita lihat perubahan teknologi berbanding 10,20 tahun lepas ..amat pantas melalui revolusinya.itulah kekuatan akal & hati manusia yg dikurniakan Allah swt.
Manakala hati yg disebelah kanan dikenali sebagai hati nurani,nur aqal, yg hanya dimiliki oleh mereka yg cerah cemerlang akan ketaqwaanya terhadapAllah swt disamping membenamkan cinta yg mendalam terhadap baginda Rasulullah saw..untuk memperolehi makam taqwa ini perlu didasari dgn ilmu ,kerana setiap amalan tanpa ilmu bagai pohon yg tak berbuah & juga beristiqamah dgn amalan yg menjadi jambatan menghampiri Allah swt.orang yg memiliki hati ini juga dipanggil "doktor hati" lantaran jalan2 ketaqwaan yg dilaluinya boleh memberikan & dijadikan penawar bagi mereka yg mengalami gelap hati,sakit hati,busuk hati & bermacam  penyakit  rohani hati lagi.Seharusnya kita berikhtiar untuk menuju kemakam hati ini ,kerana jika hanya kita memaksimakan penggunaan hati disebelah kiri,amat menyedihkan kerana tiada beza antara kita dgn mahkluk haiwan yg hanya meneruskan kehidupan dgn sekadar mencari makan,berkahwin,bergembira & sebagainya .Ingatlah firman Allah swt "sesunguhnya kami ciptakan manusia itu dgn sebaik2 kejadian".Jadi kesinambungan mengenali jerangkap syaitan & mengenal asas hakikat hati adalah ramuan yang mujarab untuk kita memulakan langkah kearah TAQWA..persoalanya...kita biasa terdengar ,mendengar atau kita sendiri yg membicarakan "ikut hati aku"",ini gerak hati aku","bisikan hati aku begini",..adakah hati kita itu bergerak pada yang sebelah kiri atau yg disebelah kanan,apakah kita ada filter yg membezakannya,atau hati kita selama ini telah pun ditawan oleh syaitan & kuncu2 nya....Insyallah pada sagment yg akan datang saya akan menghuraikan permasalahan ini untuk perkongsian bersama...yg baik datang dari Allah & yg kurang itu adalah suatu ujian untuk diri sya yg lemah disisi Allah swt...Wallahualam....

Monday, 15 August 2011

HIKMAH ZIKIR

Zikir memiliki pengaruh yang kuat terhadap kecemerlangan cahaya batin. Hati yang selalu terisi dengan Cahaya Zikir akan memancarkan Nur Allah dan keberadaannya akan mempengaruhi perilaku yang serba positif.

Kebiasaan melakukan zikir dengan baik dan benar akan menimbulkan ketentraman hati dan menumbuhkan sifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang ingin membangkitkan kekuatan indera keenamnya ( batin ). Ditinjau dari sisi ibadah, zikir merupakan latihan menuju Ikhlasnya hati dan Istiqomah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq ( Sang Pencipta ).

Ditinjau dari sisi kekuatan batin, zikir merupakan metode membentuk dan memperkuat Niat Hati, sehingga dengan izin Allah SWT, apa yang terdapat dalam hati, itu pula yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Dengan kata lain, zikir memiliki beberapa manfaat, diantaranya : Membentuk, Memperkuat Kehendak, Mempertajam Batin, sekaligus bernilai Ibadah.

Dengan zikir berarti membersihkan dinding kaca batin, ibarat sebuah bohlam lampu yang tertutup kaca yang kotor, meyebabkan cahaya-sinarnya tidak muncul keluar secara maksimal. Melalui zikir, berarti membersihkan kotoran yang melekat sehingga kaca menjadi bersih dan cahaya-sinarnya bisa memancar keluar.

Sampai disini mungkin timbul suatu pertanyaan. Apakah zikir memiliki pengaruh terhadap kekuatan batin ? untuk menjawab pertanyaan ini, kiranya perlu diketahui bahwa hal tersebut merupakan bagian dari karunia Allah SWT.

Dalam sebuah Hadist. Bahwa dengan selalu mengingat Allah menyebabkan Allah membalas ingat kepada seorang hamba-Nya “ Aku selalu menyertai dan membantunya, selama ia mengingat Aku “ karena itu, agar Allah senantiasa mengingat Anda, perbanyaklah mengingat-Nya dengan selalu berzikir.

Saturday, 13 August 2011

PERUBATAN ISLAM





Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa Nabi SAW yang mathur merupakan amalan sejak dari zaman Baginda Nabi SAW lagi. Ada beberapa ayat yang di petik dari Al-Quran di khususkan untuk tujuan perubatan yang mana ianya merangkumi masalah yang berkaitan fizikal dan spiritual.
BAGAIMANA MAKHLUK HALUS MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA?
Seperti yang di ketahui umum Jin dan Malaikat adalah makhluk yang ghaib, tidak berjisim, tidak dapat di lihat dan di pegang. Oleh kerana itu maka mudahlah syaitan masuk ke dalam tubuh anak Adam melalui pintu zahiriyah dan pintu batiniyah.
Jin masuk ke dalam tubuh manusia melalui 32 point rongga pada tubuh semua hujung jari,telinga, mata, hidung, mulut, payudara, pusat, kemaluan depan belakang.
Kemudian jin duduk di anggota tertentu khususnya otak untuk mengawal perbuatan, emosi dan tingkah laku mangsa (60%). Ada juga duduk di anggota lain untuk memberi impak sakit kepada manusia.
Maka inilah keperluan terapi ayat Al-Quran untuk di perdengarkan kepada pesakit bagi mengatasi gangguan terbabit. Namun sekiranya seorang manusia itu adalah dari golongan yang hampir kepada Allah SWT dan bersifat mukhlisin,maka sama sekali syaitan tidak dapat meresapi akan manusia tersebut.


BAGAIMANA DENGAN SIHIR?
Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi Muhammad SAW.
Sihir adalah kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan dengan ketentuan bahwa tukang sihir akan melakukan berbagai keharaman atau kesyirikan dengan imbalan pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya. Amalan ini sama sekali berdosa besar dan jatuh syirik kepada Allah SWT. Sihir ini juga terbahagi kepada beberapa pecahan antaranya sihir pengasih, sihir pembenci, sihir pelaris, sihir penyakit dan sebagainya. 

BAGAIMANA NAK MENGENALI TANDA TERKENA SIHIR

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DI ANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.


CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,”Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.


PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya.
  2. Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
    o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.




BEKAM SUNNAH





Bekam kepala

Bekam resdung

















Rawatan Bekam adalah satu kaedah membuang darah kotor yang menjadi punca segala penyakit di dalam tubuh badan kita. Darah kotor yang mengandungi toksid ini perlu di keluarkan melalui proses bekam untuk mengembalikan kecergasan dan kesihatan tubuh badan, sebagaimana sebuah kereta yang perlu di service bila sudah sampai masanya untuk memastikan kelancaran enjinnya.
Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

BAGAIMANA DARAH BOLEH DIKATEGORIKAN BERTOKSID/KOTOR???
Darah bertanggungjawab ke atas penghantaran zat-zat dan oksigen kepada setiap sel dalam tubuh badan, disamping membawa keluar bahan buangan metabolismadaripada sel untuk proses pengkumuhan di dalam buah pinggang dan paru-paru. Darah juga menjadi tentera dalam sistem pelalian badan kita dan di kenali sebagai darah putih yang bersiap sedia 24 jam. Darah kotor tidak mampu menggalas tanggungjawabnya. Oleh kerana itu badan kita akan mengalami kemerosotan dan menjadi lesu,bisa-bisa,sengal dan sebagainya. Punca darah kotor ini adalah dari pencemaran udara, bahan kimia pada makanan dan minuman dan sebagainya.
Dalam darah dan tisu kita terkumpul toksin yang secara perlahan-lahan menghakis kecergasan badan kita jika kita tidak membuang toksin tersebut. Dan lebih bahaya lagi pengumpulan toksin-toksin ini tadi akan menyebabkan punca segala penyakit di zaman ini seperti darah tinggi,migrain,buah pinggang,penyakit kulit dan banyak lagi.

BOLEHKAH RAWATAN BEKAM MENGUBATI MASALAH SIHIR?
Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Allahu Akhbar!

"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang."
Dalam hadis lain diceritakan:
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia"

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

KEBAIKAN BERBEKAM
-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.